Restoran Selera Kita terletak di Presint 15 berhampiran ngan Bank Rakyat (tak susah nak cari) alah area mydin Putrajaya tue . Sejarah Restoran ini berkemungkinan di buka pertengahan tahun lepas 2010 ( tak ambil port masa kedai nie di buka) kerana masa tue Kedai baru-baru nak hidup...... Jangan mare....
Setiap minggu kami pasti akan singgah untuk makan malam kat sini ( tak sempat nak masak malam, so terjah kedai makanlah ). Selalunya saya akan mengorder kuew tew ladna , manakala suamiku menyukai nasi goreng belacan dan telur mata lembu. Tetapi sekarang suami saya suka makan Kuew Tew Kungfu ( nak diet skit, so kena kurangkan makan nasi). Minuman kat kedai nie pun ok , mereka menyediakan satu minuman istimewa iaitu jagung Special yang boleh tahan jugak.
Kami berdua amat menyukai Restoran Selera Kita, kerana ia menepati selera kami berdua ( masakan orang kelate) telah banyak makanan di Restoran ini telah kami cuba seperti Tom yam Campur, Mee goreng pataya, bihun sup dan sup sayur.
Komen :
- Makanan memang sodap, dimana cukup rasa dan yang penting kedai tidak kedekut dengan bahan-bahan seperti ayam n sotong. (sotong besar dan segar…. Masakan Sangat2 menelerakan ) . Keuw teo Ladna dan Kung Fu sangat-sangat Sodap, kuah nyer memang terangkat. Manakala Nasi Goreng Belacan memang terangkat, rasa belacan wow terangkat…… pergh…..
- Minuman Kat sini Ok jugak…. Jagung Special menjadi kebangaan kedai ini pun Okay.
- Waiters kat sini ok n mesra, awal2 hari tue waiters tak pakai uniform tapi sejak dua minggu lepas Waiters dah pakai uniform ( nampak sangat kemas, I likes)
No comments:
Post a Comment