Saturday 5 March 2011

Restoran Selera Kita - Putrajaya


Restoran Selera Kita terletak di Presint 15 berhampiran ngan Bank Rakyat  (tak susah nak cari)  alah area mydin Putrajaya tue . Sejarah Restoran ini berkemungkinan di buka pertengahan tahun lepas 2010 ( tak ambil port masa kedai nie di buka) kerana masa tue Kedai baru-baru nak hidup...... Jangan mare.... 

 Setiap minggu kami pasti akan singgah untuk makan malam kat sini ( tak sempat nak masak malam, so terjah kedai makanlah ).  Selalunya saya akan mengorder  kuew tew  ladna , manakala suamiku menyukai nasi goreng belacan dan telur mata lembu. Tetapi sekarang suami saya suka makan Kuew  Tew  Kungfu ( nak diet skit, so kena kurangkan makan nasi). Minuman kat kedai nie pun ok , mereka menyediakan satu minuman istimewa iaitu  jagung Special yang boleh tahan jugak. 

Kami berdua amat menyukai Restoran Selera Kita, kerana ia menepati selera kami berdua ( masakan orang kelate)  telah banyak makanan di Restoran ini  telah kami cuba seperti Tom yam Campur, Mee goreng pataya, bihun sup dan sup sayur.
 

Komen :
  • Makanan memang sodap, dimana cukup rasa dan yang penting kedai tidak kedekut dengan  bahan-bahan seperti ayam n sotong. (sotong besar dan segar….   Masakan  Sangat2 menelerakan ) .  Keuw teo Ladna dan Kung Fu sangat-sangat Sodap, kuah nyer memang terangkat. Manakala Nasi Goreng Belacan memang terangkat, rasa belacan wow terangkat…… pergh….. 
  • Minuman Kat sini Ok jugak…. Jagung Special menjadi kebangaan kedai ini pun Okay.
  • Waiters kat sini ok n mesra, awal2 hari tue waiters tak pakai uniform tapi sejak dua minggu lepas Waiters dah pakai uniform ( nampak sangat kemas, I likes)
Ini adalah pendapat kami sahaja , anda boleh mencuba di Restoran Selera Kita. Dimana anda semua boleh memberi komen semula....... Selamat mencuba......hehehehehe

No comments:

Post a Comment